Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang pertahan Iskandar Puteri
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 12:10 AM
Dikemaskini: 4:13 PM

PRU14 | DAP malam ini mengesahkan Lim Kit Siang akan mempertahankan kerusi parlimen Iskandar Puteri yang sebelum ini adalah Gelang Patah.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam majlis kutipan dana bagi parlimen Iskandar Puteri.

"Dengan sukacita saya sebagai setiausaha agung mengumumkan, Jawatankuasa Eksekutif Pusat dengan sebulat suara membuat keputusan memilih calon yang boleh membawa kita kepada kemenangan.

"Saya umumkan untuk Iskandar Puteri, saudara Lim Kit Siang," kata Guan Eng yang menerima tepukan gemuruh hadirin.

Kit Siang sebelum ini beberapa kali menyatakan keutamaannya adalah mempertahankan kerusi yang disandangnya namun masih terbuka untuk bertanding di tempat lain jika diperlukan partinya.

Terdahulu, The Star melaporkan bahawa Kit Siang dijangka bertanding di Johor Bahru.

Terdapat juga spekulasi mengatakan beliau akan bertanding di Pulau Pinang. Dalam PRU lalu, Kit Siang mengalahkan bekas menteri besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.

 

Lihat Komen
ADS