Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gantung bendera di wayar TNB, 4 cedera direnjat elektrik
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 8:27 AM
Dikemaskini: 1:14 AM

Empat orang lelaki cedera terkena renjatan elektrik selepas cuba menggantung bendera parti di kabel elektrik bervoltan tinggi di Muar.

Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi di Kampung Parit Yusof itu, 10 orang petugas parti cuba memang bendera menggunakan galah buluh.

Bagaimanapun nasib malang membuatkan empat orang terkena renjatan elektrik dan tercampak beberapa meter, lapor New Straits Times.

Seorang mangsa patah tulang rusuk manakala yang lain cedera kecil.

Ketua Polis Daerah Muar Assistant Commissioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

TNB sebelum ini telah memberi amaran supaya bahan kempen tidak dipasang di insrastukrur mereka.

Lihat Komen
ADS