Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PRU14 l Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju Mohd Shafei Abdullah berkata beliau merancang untuk berehat selepas BN memutuskan memulangkan kerusi itu kepada MCA.

“Sekarang masa saya rehatlah,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada beliau akan terus membantu rakannya dalam MCA.

Shafei, yang merasakan Umno patut terus bertanding di kawasan itu, juga menutup mulut sama ada beliau akan berkempen untuk calon MCA Yew Teong Look menjelang pilihan raya umum kira-kira dua minggu lagi.

“Tiada isu sama ada saya akan gerakkan (kempen) atau sebagainya, tetapi saya secara peribadi kena rehat sikit,” katanya sambil menambah sudah berkempen di kawasan itu sejak dua tahun lalu.

Ditanya lagi sama ada beliau akan membantu Yew selepas rehat, beliau hanya menjawab: “Kamu tanyalah diri sendiri.”

Shafei tidak haris semasa BN mengumumkan calon-calon di Wilayah Persekutuan dengan alasan ada urusan lain.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS