Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah beri kebenaran cabar persempadanan semula
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 12:19 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Mahkamah Tinggi Melaka hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibawa oleh tujuh pengundi Melaka terhadap persempadanan semula pilihan raya yang diwartakan bulan lalu.

Peguam mereka, Lim Wei Jiet berkata Hakim Datuk Siti Khadijah S Hassan Badjenid memutuskan bahawa terdapat bukti prima facie yang menunjukkan salah pembahagian yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan penangguhan kepada mereka dalam menggunakan peta baru dalam pilihan raya umum akan datang, katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Mei untuk perbicaraan.

Ketujuh-tujuh pengundi itu - Chan Tsu Chong, Neo Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Seng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin dan Amran Atan - mencabar Suruhanjaya Pilihanraya pada April tahun lalu berhubung cadangan persempadanan semula.

Mereka menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan SPR sebagai responden.

Mereka juga memohon perintah mahkamah bagi mengisytiharkan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diwartakan itu sebagai tidak sah kerana melanggar Artikel 113 dan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Persempadanan semula pilihan raya itu diluluskan pada 28 April lalu dan akan berkuatkuasa pada pilihan raya umum akan datang 9 Mei ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS