Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kerusi paling selamat MCA kini berdepan ‘ribut’
Diterbitkan:  Apr 23, 2018 12:50 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

PRU14 l Alor Gajah - kerusi parlimen yang dimenangi MCA dengan majoriti terbesar pada pilihan raya lalu, mungkin tidak lagi selamat seperti sebelum ini.

BN hari ini mengesahkan bahawa Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Wong Nai Chee diumumkan sebagai calon BN di kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka.

Ini menimbulkan kemarahan penyokong penyandang kerusi itu, Datuk Koh Nai Kwong.

Laman Facebook ‘Only Vote for KNK’ yang ditubuhkan untuk melobi supaya Koh kekal di Alor Gajah, meminta maaf kerana usaha mereka gagal.

"Minta maaf rakyat Alor Gajah,kami telah gagal untuk kekalkan Dato Wira Koh Nai Kwong sebagai calon P 135 Alor Gajah...," katanya.

Koh sebaliknya dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri Machap Jaya, yang dimenangi dengan majoriti tipis 152 undi pada pilihan raya umum lalu.

Warga maya di Facebook sebahagian besarnya menyatakan kesedihan, tetapi ada juga yang mengancam untuk menghukum BN kerana kononnya tidak mendengarkan tuntutan akar umbi.

[Baca berita penuh]

Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris Haron akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Idris ketika mengumumkan senarai calon BN Melaka dalam satu majlis di Ayer Keroh di Melaka hari ini turut mengumumkan Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Emieyati Samsuddin juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dicalon semula untuk Parlimen Hang Tuah Jaya, yang sebelum kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya adalah Parlimen Bukit Katil, dan pada PRU lepas beliau tewas dengan majoriti 5,447 undi di kawasan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Dr Abu Bakar Mohamad Diah bertukar kerusi daripada Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput, manakala tempatnya akan digantikan Ketua Pemuda Umno Melaka Datuk Zali Mat Yasin.

Pengerusi MCA Melaka Lim Ban Hong pula akan mempertahankan DUN Klebang, manakala bekas Pengerusi MIC Melaka Datuk MS Mahadevan tidak disenarai dan tempatnya di DUN Gadek digantikan Setiausaha MIC Melaka Datuk P Panirchelvam.

Berikut senarai calon BN:

P 134 MASJID TANAH
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

N 01 KUALA LINGGI
Ismail Othman

N 02 TANJUNG BIDARA
Mat Rawi Mahmud

N 03 AYER LIMAU
Amirudin Yusop

N 04 LENDU
Sulaiman Md Ali

N 05 TABOH NANING
Latipah Omar

P 135 ALOR GAJAH
Wong Nai Chee

N 06 REMBIA
Norpipah Abdol

N 07 GADEK
P Panirchelvam

N 08 MACHAP JAYA
Koh Nai Kwong

N 09 DURIAN TUNGGAL
Datuk Ab Wahab Ab Latip

N 10 ASAHAN
Datuk Abdul Ghafaar Atan

P 136 TANGGA BATU
Zali Mat Yasin

N 11 SUNGAI UDANG
Datuk Seri Idris Haron

N 12 PANTAI KUNDOR
Nor Azman Hassan

N 13 PAYA RUMPUT
Abu Bakar Mohamad Diah

N 14 KELEBANG
Lim Ban Hong

P 137 HANG TUAH JAYA
Tan Sri Mohd Ali Rustam

N 15 PENGKALAN BATU
Chua Lian Chye

N 16 AYER KEROH
Chua Kheng Hwa

N 17 BUKIT KATIL
Yunus Hitam

N 18 AYER MOLEK
Rahman Mariman

P 138 KOTA MELAKA
Choo Wei Sern

N 19 KESIDANG
Ng Choon Koon

N 20 KOTA LAKSAMANA
Melvin Chua Kew Wei

N 21 DUYONG
Lee Kiat Lee

N 22 BANDAR HILIR
Lee Chong Leng

N 23 TELOK MAS
Abdul Razak Abdul Rahman

P 139 JASIN
Datuk Ahmad Hamzah

N 24 BEMBAN
Koh Chin Han

N 25 RIM
Datuk Ghazale Muhammad (BN)

N 26 SERKAM
Zaidi Atan

N 27 MERLIMAU
Roslan Ahmad

N 28 SUNGAI RAMBAI
Datuk Hassan Abdul Rahman

 

Lihat Komen
ADS