Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

PRU14 l Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi dan penyandang kerusi Jeram Dr Amiruddin Setro tidak dicalonkan lagi oleh BN untuk mempertahankan kawasan itu.

DUN Jeram digantikan dengan seorang bekas guru, Zahar Azlan Ariffin, 54 manakala Budiman pula hanya diletakkan di peringkat parlimen.

Ini susulan keputusan baru BN Selangor yang mengehadkan seorang calon bertanding di satu kawasan sahaja, sama ada DUN atau parlimen.

Menurut Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, Amiruddin digugurkan bagi memberi ruang kepada muka baru.

"Seorang yang kita gugurkan iaitu dari Jeram kerana kita lihat, Dr Amiruddin dia memang merupakan wakil rakyat berjiwa rakyat tetapi beliau telah pun tiga penggal menjadi ADUN di Jeram.

"Kerana itu kita nak tonjol muka baru yang merupakan orang lama dalam politik di Kuala Selangor," katanya pada sidang media selepas mengumumkan nama calon BN Selangor di Shah Alam.
Pada pilihan raya umum ke-13, Amiruddin mengalahkan calon dari PAS dengan majoriti sebanyak 2,834 undi.

DUN Jeram terletak di bawah Parlimen Kuala Selangor.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS