Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRU14 | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor hari ini menampilkan calon-calon muka baru yang akan mewakili parti itu di peringkat negeri.

Menurut Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, walaupun mereka baru dicalonkan namun terdapat di antara calon berkenaan mempunyai pengalaman dalam politik terutamanya dalam Umno sebelum ini.

"Rekod yang ada, semuanya adalah muka baru.

"Tapi kebanyakan dari mereka berpengalaman dalam politik.

"Walaupun muka baru tapi berpengalaman, ada yang bekas dalam Umno. Sebab itu kita pilih yang ada kelayakan sesuai untuk kita tentukan untuk jadi calon terbaik," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

BERSATU akan meletakkan calon di tiga parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Akur pada Majlis Presiden HARAPAN

Kerusi parlimen tersebut ialah Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

Bagi kerusi DUN pula, BERSATU akan bertanding di DUN Sungai Air Tawar, Batang Kali, Sungai Burung, Jeram, Kuang, Semenyih, Selat Klaang, Sijangkang dan Dengkil.

Walaupun wujud pertikaian sebelum ini apabila BERSATU Selangor mahukan 12 kerusi DUN, namun menurut Rashid pihaknya akur terhadap keputusan majlis presiden.

"Pada asalnya (BERSATU Selangor) berhajat nak dapat 12 kerusi iaitu kerusi yang dipegang BN tapi bila mesyuarat isu itu tak timbul kerana terdapat kerusi yang menjadi minat parti lain.

"Jadi kita akur pada Majlis Presiden (Pakatan Harapan)," katanya lagi.

Selain BERSATU, Parti Amanah Negara (AMANAH) di jangka akan bertanding 10 kerusi DUN di Selangor, DAP 16 dan PKR 21 kerusi.


 

Lihat Komen
ADS