Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azizah 'si ibu PKR' mahu keluarga bersatu hati
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 12:16 AM
Dikemaskini: 5:22 PM

PRU14 | Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggambarkan diri beliau sebagai seorang ibu kepada "anak-anak ramai dengan pelbagai karenah" dan menggesa mereka untuk merapatkan saf sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian di tengah-tengah pergolakan dalaman parti mengenai senarai calon yang sebahagiannya diumumkan Wan Azizah pada majlis ceramah Pakatan Harapan HARAPAN) di stadium Kuala Selangor malam ini.

Tetapi sebelum beliau membuat pengumuman itu, Wan Azizah menasihati "anak-anak" nya bahawa mereka mesti mengetepikan keinginan mereka.

"Sebelum kita kata tentang angkat sumpah, sebelum kita kata tentang jawatan, sebelum kita apa-apa, kita mesti menang pilihanraya dulu.

"Kalau nak menang, kita mesti satu hati. Jangan berpecah-belah. Jangan ada yang merasakan aku tak dapat jadi (calon) aku boleh buat apa saja. Jangan begitu. Tolonglah," kata beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS