Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak rasmi: Ibu ke Pandan, anak 'jenguk' Permatang Pauh
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 1:16 AM
Dikemaskini: Apr 24, 2018 3:05 AM

PRU14 |  PKR malam ini mengedarkan senarai calon parti itu yang akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei ini.

Bagaimanapun parti itu kemudian mengeluarkan kenyataan menegaskan ia belum dimuktamadkan lagi.

Senarai itu kelihatan meyakinkan kerana nama-nama yang terpapar untuk Selangor dibacakan satu demi satu oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa ceramah Pakatan Harapan di Kuala Selangor malam tadi.

Namun jurucakap PKR menegaskan senarai terakhir hanya akan dikeluarkan pagi nanti dan ia membuka kemungkinan berlaku perubahan saat-saat akhir.

Antara kerusi - dan nama calon - menarik perhatian ialah Pandan (yang digandingkan dengan Dr Wan Azizah), serta Permatang Pauh (Nurul Izzah Anwar).

Nama Tian Chua pula - yang mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya sebagai naib presiden PKR semalam - dipercayai akan kekal di kerusi parlimen Batu.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail diletakkan di dua kerusi, masing-masing Kulim Bandar Baru (parlimen di Kedah) dan Pantai Jerejak (DUN Pulau Pinang).

Saifuddin juga disebut-sebut kemungkinan akan mengisi jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang jika menang dalam PRU akan datang.

Penyandang kerusi itu, Datuk Rashid Hasnon, dikatakan diutus ke Johor untuk bertanding di kawasan parlimen Batu Pahat. Jika ia menjadi kenyataan bermakna penyandang kerusi itu Datuk Mohd Idris Jusi digugurkan.

Sementara itu anggota DUN Penanti, Norlela Ariffin, yang beberapa kali mengkritik kerajaan Pulau Pinang, dilihat bakal kekal di kawasan berkenaan.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tidak lagi mempertahankan kerusi DUN Seri Setia sebaliknya akan dipertaruhkan di parlimen Setiawangsa, manakala Fahmi Fadzil disebut-sebut bertanding di Lembah Pantai.

Sementara itu bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dinamakan sebagai calon Bandar Tun Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS