Paling Popular
Terkini

Menyelam sambil minum air.

Begitu tindakan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak apabila menjual “pantun” di Institut Kanser Negara di Putrajaya hari ini.

Sungguhpun di negeri Selangor terjumpa baldi,
kes denggi tertinggi di Darul Ehsan tetap kita perangi;
Biarla pemimpin itu bawa hati ke Pulau Langkawi,
Namun yang paling penting Pak Lah tetap setia kekal di sisi.

Puisi Melayu lama, yang dilihat lebih kepada syair itu, bukan semata-mata memuji kesetiaan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi turut menyindir calon perdana menteri pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak terlepas, kerajaan Selangor pimpinan PKR juga menjadi mangsa kritikan Najib dalam karya itu dalam isu bekalan air negeri dan masalah denggi.

Karya itu dibacakan di akhir ucapan perasmian instititut itu yang telah mula beroperasi sejak Ogos 2013.

Abdullah tidak hadir hari ini. Institut itu bagaimanapun mula dibina ketika pentadbirannya.

Lihat Komen
ADS