Berita Malaysiakini

Nawawi akan berdepan Mahathir di Langkawi

Anne Muhammad & Koh Jun Lin  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Penyandang kerusi parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad akan mempertahankan kerusi berkenaan dan berdepan pencabarnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, hari ini.

Daripada 51 kerusi iaitu 15 Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, BN Kedah menyenaraikan 18 muka baru dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Antara calon muka baru bagi kerusi parlimen adalah Shahanim Mohamad yusuff (Sungai Petani), Said Ali Said Rastan (Pokok Sena) dan Yoo Wei How (Alor Setar).

Manakala tiga calon digugurkan ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (DUN Bukit Lada), Dr. Ismail Daut (Parlimen Merbok) dan Azmi Che Hussain (DUN) Bayu.

BN Kedah kini menyandang 10 kerusi Parlimen dan 20 DUN.

Berikut senarai calon lengkap BN Kedah pada PRU14:

 

P4 LANGKAWI - Datuk Nawawi Ahmad
N1. AYER HANGAT -  Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid
N2. KUAH - Nor Saidi Nayan

P5 JERLUN - Datuk Othman Aziz
N3 KOTA SIPUTEH - Ahmad Azhar Abdullah
N4 AYER HITAM - Datuk Abu Hasan Sarif

P6 KUBANG PASU - Datuk Seri Mohd Johari Baharum
N5 BUKIT KAYU HITAM- Ahmad Zaidi Japar
N6 JITRA- Datuk Aminuddin Omar

P7 PADANG TERAP - Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 KUALA NERANG - Datuk Badrol Hisham Hashim
N8 PEDU - Kama Noriah Ibrahim

P8 POKOK SENA - Said Ali Said Rastan (baru)
N9 BUKIT LADA - Ariffin Man ( baru)
N10 BUKIT PINANG - Dr Mohammad Nawar Ariffin (baru)
N11 DERGA - Datuk Dr. Cheah Soon Hai

P9 ALOR SETAR - Datuk Yoo Wei How
N12 SUKA MENATI - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah
N13 KOTA DARULAMAN - Tan Eng Hwa (baru)
N14 ALOR MENGKUDU - Abdul Malik Saad (baru)

P10 KUALA KEDAH -  Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin (baru)
N15 ANAK BUKIT - Johari Aziz
N16 KUBANG ROTAN - Abdul Muthalib Harum
N17 PENGKALAN KUNDOR - Abdul Halim Said

P11 PENDANG - Datuk Othman Abdul
N18 TOKAI - Ahmad Fatahi Omar
N19 SUNGAI TIANG - Datuk Suraya Yaacob

P12 JERAI - Datuk Seri Jamil Khir
N20 SUNGAI LIMAU - Norma Awang (baru)
N21 GUAR CHEMPEDAK - Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail
N22 GURUN - Boey Chai Gan

P13 SIK - Dr Mansor Abdul Rahman (baharu)
N23 BELANTEK - Datuk Mohd Tajudin Abdullah
N24 JENERI - Mahadzir Abdul Hamid

P14 MERBOK - Datuk Tajul Urus Mat Zin
N25 BUKIT SELAMBAU -Jaspal Singh AL Gurbakhes Singh
N26 TANJONG DAWAI - Annuar Ahmad

P15 SUNGAI PETANI - Shahanim Mohamad Yusoff
N27 PANTAI MERDEKA - Ali Yahya
N28 BAKAR ARANG - Ko Hung Weng
N29 SIDAM - Tan Kok Seong

P16 BALING - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
N30 BAYU - Mohamed Noor Mohamed Amin
N31 KUPANG - Datuk Harun Abdul Aziz
N32 KUALA KETIL - Mohd. Khairul Abdullah

P17 PADANG SERAI - Datuk Leong Yong Kong
N33 MERBAU PULAS - Asmadi Abu Talib
N34 LUNAS - Thuraisingam AL K.S Muthu

P18 KULIM/BANDAR BAHARU - Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
N35 KULIM - Chua Thiong Gee
N36 BANDAR BAHARU - Nor Sabrina Mohd Noor