Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Najib lupa dia dapat jadi PM kerana tak setia pada Pak Lah’
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 1:11 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

PRU14 l Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin terus menyerang balas “pantun pedas” Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak yang menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pantun yang didedikasikan kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib memuji pendahulunya itu, yang terkenal panggilan Pak Lah, kerana kekal setia.

Menulis di Twitter, Zainuddin, yang mesra dengan panggilan Zam, mengingatkan Najib tentang apa yang berlaku selepas pilihan raya umum 2008.

“PM Najib baca pantun puji ex-PM Pak Lah setia kepada parti sambil menyindir Mahathir yg lari ke Langkawi.

“Tetapi Najib lupa dia dapat jadi PM kerana tak setia pada Pak Lah,” tulisnya.

Dalam pantunnya, Najib tanpa menyebut nama Mahathir, tetapi jelas rujukannya itu, berkata, “biarla pemimpin itu bawa hati ke Pulau Langkawi.”

Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, bakal bertanding untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum akan datang.

Sejak Mahathir menentangnya, Najib sering mengunakan Abdullah untuk menyerang balas terhadap bekas mentornya itu.

Selain menggambarkan beliau sebagai "negarawan sejati", Najib juga memuji Abdullah kerana mengekalkan tingkah laku sewajarnya oleh seorang bekas perdana menteri.

Pada pilihan raya umum 2008, Mahathir melancarkan beberapa serangan terhadap Abdullah, dan menantunya Khairy Jamaluddin.

Mahathir menuduh Khairy, yang kini adalah menteri belia dan sukan, mengetuai kumpulan "tingkat empat" yang menasihatkan Abdullah dan mempengaruhi segala keputusannya.

"Tingkat empat" merujuk kepada barisan penasihat Abdullah, yang menduduki tingkat empat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Abdullah, sebaliknya, mendakwa bahawa Mahathir kecewa kerana beliau membatalkan beberapa projeknya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS