Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Alhamdulillah, Kentut dibenarkan tukar nama
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 2:11 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

GLOBAL | Mahkamah Daerah Tangerang, Indonesia membenarkan permohonan seorang bapa untuk secara rasmi menukar namanya dari Kentut kepada Ihsan Hadi.

Permoonan itu dibuat susulan aduan anaknya yang berasa malu dengan nama itu.

Selepas hakim Elly Istianawati membacakan keputusan itu semalam, Ihsan terus sujud syukur beberapa kali dalam mahkamah, lapor media tempatan.

“Alhamdulillah, mahkamah benarkan permohonan saya. Saya sangat gembira.

“Saya akan rasa lebih yakin dan anak saya tidak akan malu lagi kerana bapanya sudah ada nama yang baik,” kata penjual mi berusia 30 tahun itu.

Ihsan berkata anaknya selalu mahu ponteng sekolah kerana diejek rakan-rakan.

Sementara itu, Ihsan juga tidak pasti kenapa ibu bapanya menamakannya Kentut.

Beliau mendedahkan mahu menukar nama itu sejak kecil lagi tetapi tiada siapa di kampungnya di Surakarta, Jawa Tengah tahu prosedurnya.

Lihat Komen
ADS