BERSIH majukan 80 aduan pada SPR
Diterbitkan: Apr 24, 2018 2:33 PM | Dikemas kini: Apr 24, 2018 2:35 PM
BERSIH hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima 80 aduan salah laku selepas pembubaran parlimen 7 April lalu.
Menurut jawatankuasa pemandunya, aduan-aduan antaranya melibatkan kes nama yang tidak berdaftar dan yang sudah meninggal muncul di daftar pemilih.
Secara khusus, aduan-aduan itu adalah:
- Nama pihak tidak berdaftar muncul di daftar pemilih (24 kes)
- Pemilih dipindahkan kawasan tanpa pengetahuan (14)
- Penghuni satu rumah menginap di lain-lain kawasan (1)
- Nama dikeluarkan dari daftar pemilih (16)
- Permohonan pendaftaran dan tukar alamat tidak diproses atau bantahan difailkan tetapi pemilih tidak dimaklumkan (20)
- Orang yang sudah meninggal dan melepaskan kerakyatan masih berada dalam daftar pemilih (5)
Nama-nama itu, menurut BERSIH, telah disahkan sendiri mereka setelah dibandingkan dengan daftar pemilih lama.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.