PRU14 l PKR menjadi parti terakhir di kalangan komponen Pakatan Harapan yang selesai mengumumkan senarai calon masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 dengan mendedahkan nama lapan calon Parlimen dan 12 calon DUN di Johor.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak ada pemimpin berprofil tinggi dari parti itu yang bakal bertanding di negeri berkenaan, yang diisytiharkan sebagai medan gelanggang pertempuran utama HARAPAN.
Beberapa nama sebelum ini telah disebut-sebut akan berentap di Johor, termasuk tiga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.
Namun, mengikut senarai rasmi hari ini, hanya Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon diarah meninggalkan kerusi negeri Pantai Jerejak dan akan ke selatan untuk mempertahankan Batu Pahat, satu-satunya kerusi parlimen Johor yang dimenangi oleh PKR pada tahun 2013.
Walaupun dilahirkan di Muar, Rashid memulakan kerjaya politiknya di Pulau Pinang. Pada pilihan raya umum ke-13, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Pantai Jerejak yang dipegang PKR dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri I.
Berikutan pengumuman Wan Azizah, ini bermakna bahawa penyandang kerusi berkenaan, Datuk Idris, Jusi digugurkan. Batu Pahat adalah kerusi campuran dengan 54 peratus pengundi Melayu, 43 peratus Cina dan 1.3 peratus kaum India.
Walaupun dianggap sebagai tokoh yang kurang dikenali, Idris menewaskan Datuk Puad Zarkashi yang adalah anggota majlis tertinggi Umno dengan majoriti 1,732 undi pada pilihan raya 2013.
Puad tidak dicalonkan untuk PRU14. Sebaliknya, Ketua Wanita Umno Batu Pahat, Haliza Abdullah akan bertanding di kerusi berkenaan.
Berikut senarai penuh calon PKR:
