Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes bunuh Dr Fadi: Palestin yakin polis Malaysia

Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian menembak mati pensyarah rakyat Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang dikaitkan dengan elemen asing.

Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar H Al Agha berkata polis Malaysia sangat profesional dan beliau menyerahkan perkara itu kepada mereka untuk menyiasat kes itu.

“Pihak berkuasa Malaysia sangat profesional. Kami mempunyai keyakinan yang penuh terhadap mereka dan kami bersedia memberikan komitmen kami sepenuhnya. Kami telah bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dan pegawai-pegawai lain. Mereka begitu prihatin mengenai siasatan itu," katanya kepada selepas menjadi tetamu program pagi Bernama Radio di Kuala Lumpur hari ini.

Fadi, 35, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi swasta di Kuala Lumpur, ditembak mati ketika berjalan dari rumahnya ke Surau Medan Idaman untuk memimpin solat Subuh pada Sabtu, di Setapak.

Dr Anwar berkata pegawai kedutaan terus menghubungi polis dan pihak berkuasa Malaysia yang lain bagi membantu siasatan.

Semalam, polis Malaysia mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi. -Bernama

Lihat Komen
ADS