PRU14 | Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat gelombang biru di seluruh negara sebagai merujuk kehadiran orang ramai dalam siri program BN menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berbaki dua minggu saja lagi.

Berkongsi menerusi akaun Twitter, pengerusi BN itu memuat naik beberapa gambar program partinya di Seremban, Negeri Sembilan; Kampar, Perak; Ayer Hitam, Johor dan Bentong, Pahang yang menurutnya mendapat sambutan hangat.

“Gelombang biru di sana sini! rakyat membanjiri program BN seluruh negara. Rakyat kekal yakin dengan kita, tetap mahu bersama BN!” kata Najib.

 

 

Walau bagaimanapun, tidak semua warga maya menyambut baik kenyataan diciapnya itu.

Pengguna Twitter dengan nama akaun @SanjeeveST bertanya sama ada biru muda atau biru tua yang dimaksudkan Najib merujuk warna bendera BN dan PKR. 

 

 

Sementara pemegang akaun @Hldnal pula tidak yakin dengan dakwaan Najib.

 

 

Pemegang akaun @aidyadnan pula menasihatkan Najib membuat pemeriksaan mata.

 

 

Meskipun rata-rata komen tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu, masih terdapat segelintir yang menyokong.

 

 

Hari mengundi ditetapkan pada 9 Mei ini dijangka menyaksikan pertembungan antara logo biru tua pada bendera BN dan biru muda yang digunakan pada logo PKR.

Parti komponen Pakatan Harapan sebelum ini bersetuju menggunakan logo tunggal PKR selepas Jabatan Pendatar Persatuan tidak meluluskan logo pakatan itu untuk digunakan dalam PRU.