1MDB masih belum memembentangkan laporan tahunannya selama tiga tahun sekarang tetapi Ketua Pegawai eksekutifnya, Arul Kanda Kandsamy, berkata kini ada "kemajuan" berkaitan isu tersebut.

"Saya mempunyai berita baik di mana baru-baru ini, pihak polis telah bersetuju membenarkan juruaudit kami Parker Randall melihat dokumen-dokumen berkenaan," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

1MDB belum mengemukakan laporan tahunannya untuk tahun 2015, 2016 dan 2017, berdasarkan alasan bahawa dokumen-dokumen penting ada pada pihak polis, yang dirampas semasa serbuan pada bulan Julai 2015.

Arul Kanda berkata proses audit sudah pun bermula dan juruaudit 1MDB telah mengadakan "satu atau dua" pertemuan dengan pihak polis.

Bagaimanapun, Arul Kanda tidak dapat menyediakan garis masa tentang proses audit itu dapat diselesaikan.

"Saya rasa yang paling penting ialah ada kemajuan ...

"Ia bukan proses konvensional, di mana juruaudit perlu bertemu pihak polis, jadi tidak mungkin untuk memberikan anggaran (tentang bila audit itu dapat disiapkan).

"Sekiranya kami melakukannya di pejabat kami sendiri, anda boleh membuat anggaran masa," katanya.

[Baca berita penuh]