Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu bakal bertanding di 11 daripada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga daripada lapan parlimen pada pilihan raya umum ke -14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad perkara itu baru disahkan sebentar tadi.

"Mesyuarat panjang di ibu pejabat AMANAH Kuala Lumpur masih berjalan dan ia (senarai calon) baru disahkan secara rasmi tadi," kata Raja Kamarul kepada Malaysiakini.

Berdasarkan senarai itu, Raja Bahrin akan mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu selain bertanding di DUN Batu Buruk.

Katanya, AMANAH tidak membariskan penyandang kerusi Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kerana pemimpin muda PAS yang kini rapat kepada HARAPAN itu tidak mahu.

"Syed Azman belum bersedia untuk bertanding lagi, namun belum akan turun membantu calon HARAPAN di Terengganu," katanya.

AMANAH juga meletakkan Dr Zarawi Sulong untuk bertanding berdepan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang.

Abdullah Muhamad di Kuala Nerus bagi berdepan ketua penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

HARAPAN akan mengumumkan senarai penuhnya bagi ketika-tiga parti komponennya di Kuala Terengganu petang esok.

Setakat ini hanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) belum mengumumkan calon mereka.

PKR akan bertanding di 11 kerusi DUN dan dua parlimen.

Baki 10 kerusi DUN dan tiga parlimen lagi dipercayai akan menjadi milik BERSATU.

Berikut senarai penuh calon AMANAH di Terengganu:

DUN Jertih, Datuk Dr Kamarulzaman Wan Su
DUN Jabi, Abdul Aziz Abas
DUN Teluk Pasu, Ir Azik Chik
DUN Batu Buruk, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
DUN Wakaf Mempelam, Zubir Mohamed
DUN Manir, Ir Hafizuddin Hussin
DUN Rhu Redang, Dr Zarawi Sulong
DUN Bukit Payong, Mohd Dalizan Abd Aziz
DUN Sura, Ir Zulkifli Ali
DUN Paka, Mohd Hasbie Muda
DUN Kemasek, Ir Rizan Ali

Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
Parlimen Marang, Dr Zarawi Sulong
Parlimen Kuala Nerus, Abdullah Muhamad

Lihat Komen
ADS