Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kaitan Equanimity, 1MDB tak disentuh di mahkamah Indonesia
Diterbitkan:  Apr 25, 2018 5:31 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Terjemahan bahasa Inggeris perbicaraan bertulis Mahkamah Jakarta Daerah Selatan mengesahkan perbicaraan itu tidak mempersoalkan pemilik kapal layar Equanimity dan dakwaan kaitannya dengan 1MDB.

Sebaliknya, mahkamah hanya menyentuh perkara-perkara teknikal berhubung penyitaan polis Indonesia pada 28 Februari di Teluk Benoa di perairan Bali.

Laporan Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan penerbitan lain minggu lalu mendakwa mahkamah memutuskan bahawa Equanimity dimiliki syarikat Equanimity (Cayman) Ltd dan tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Hakim Ratmoho pada 17 April lalu memetik Perlembagaan Mahkamah 2014 yang memperuntukkan bidang kuasa mahkamah daerah dalam hal-hal berkaitan pra-perbicaraan.

Pra-perbicaraan di Indonesia adalah sama dengan writ habeas corpus dalam bidang kuasa undang-undang di Malaysia. Antara lain, perbicaraan itu meneliti sama ada pihak berkuasa mempunyai "bukti yang cukup" untuk menahan seseorang di bawah siasatan atau sama ada prosedur penahanan, siasatan, dan tangkapan dipatuhi.

Terjemahan penghakiman bertulisnya diserahkan kepada Mahkamah Daerah California Tengah oleh peguam Equanimity Ltd semalam sebagai sebahagian dokumen dalam saman sivil penyitaan yang difailkan Jabatan Kehakiman AS (DOJ).

Malaysiakini sudah merujuk dokumen berkenaan.

Apabila dihubungi di mahkamah pada 18 April lalu, salah seorang peguam Equanimity Ltd di Jakarta Rando Purba mengesahkan soal pemilikan Equanimity dan kaitannya dengan 1MDB tidak dibangkitkan di mahkamah.

Pada 28 Feb, polis Indonesia merampas Equanimity dalam operasi bersama FBI melalui arahan waran tangkapan yang dikeluarkan Mahkamah Daerah California Tengah pada Jun tahun lalu.

DOJ mendakwa Equanimity diperoleh melalui dana yang didakwa diseleweng dari 1MDB dan digubah secara haram melalui sistem kewangan AS dan dimiliki olej ahli perniagaan Low Taek Jho.

Equanimity Ltd mencabar penyitaan Equanimity di mahkamah Jakarta Selatan dan menang.

Ratmoho memutuskan penyitaan itu tidak sah kerana tidak mengikut prosedur dan mengarahkan agar kapal layar mewah itu dipulangkan kepada Equanimity Ltd.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS