PRU14 | Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian akan bertanding di kerusi parlimen Selangau yang kini menyaksikan pergelutan dalaman BN.

Ahad lalu, Parti Rakyat Sarawak (PRS) memecat Anggota Parlimen Selangau Joseph Entulu Belaun yang memegang kerusi itu selama tiga penggal dan merupakan merupakan timbalan presiden parti itu.

Pemecatan itu dilihat sebagai langkah Presiden PRS James Jemut Masing untuk menghalang Joseph dari bertanding. Joseph kini dikatakan mungkin akan bertanding sebagai calon bebas.

Pada pilihan raya umum (PRU) 2013, Joseph memenangi parlimen Selangau dengan 12,040 undi sementara Parti Pekerja Sarawa dan PKR masing-masing mendapat 4,485 undi dan 3,891 undi.

Pencalonan Baru Bian di Selangau diumumkan di Kuching hari ini bersama 14 lagi calon PKR yang lain.

Baru Bian sebelum ini bertanding di kerusi parlimen Limbang di mana dia terperangkap oleh PBB yang mengumpulkan 12,999 undi. Baru mendapat 4,698 undi. Baru juga merupakan penyandang ahli dewan undangan negeri (ADUN) Ba'Kelalan.

Seorang lagi ADUN PKR Ali Biju yang memenangi Krian pada pilihan raya negeri 2016 akan bertanding di kerusi parlimen Saratok.

Krian merupakan salah satu dari 3 kerusi dalam parlimen Saratok.

Saratok juga menyaksikan pergelutan dalaman ahli BN. Penyandang kerusi itu William Mawan Ikom kini tidak menganggotai mana-mana parti selepas dipinggirkan oleh Parti Progresif Demokratik Sarawal. Willian tidak dicalonkan semula oleh BN.

Ali kalah di Seratok dengan 2,081 majoriti undi dalam PRU lalu.

Calon PKR Roland Engan, yang kalah tipis dengan 194 undi di Baram pada PRU lalu akan bertanding semula di kerusi sama.

Sementara itu, PKR mengekalkan Michael Teo Yu Keng di Miri yang merupakan satu-satunya anggota parlimen PKR di Sarawak.

The complete list of PKR candidates for Sarawak is as follow:

Teo diheret dalam kontroversi selepas ahli DAP tempatan mendakwa Teo gagal menjalankan tugas sebagai anggota parlimen dan menggesanya melepaskan kerusinya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen bagaimanapun meminta mereka menghormati rakan parti Pakatan Harapan.

Senarai penuh calon PKR bagi negeri Sarawak mengikut kawasan masing-masing adalah seperti berikut.


P194 Petra Jaya: Nor Irwan Ahmad Nor

P198 Puncak Borneo: Willie Mongin

P202 Sr Aman: Norina Umoi Utot

P203 Lubok Antu: Nicholas Bawin Anggat

P205 Saratok: Ali Biju

P210 Kanowit: Satu Ak Anchom

P213 Mukah: Abdul Jalil Bujang

P214 Selangau: Baru Bian

P216 Hulu Rajang: Abun Sui Anyit

P218 Sibuti: Jemat Panjang

P219 Miri: Michael Teo

P220 Baram: Roland Engan

P221 Limbang: Ricardo Yampil Baba

P222 Lawas: Danny Piri