Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKR tanding enam parlimen, sembilan DUN di Sabah

PKR akan bertanding merebut enam kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berkata enam kerusi Parlimen itu ialah Beaufort, Ranau, Tuaran, Putatan, Pensiangan dan Tawau.

Bagi kerusi DUN, parti itu akan bertanding di Inanam, Tempasuk, Kadamaian, Moyog, Karanaan, Matunggong, Tamparuli, Kuala Penyu dan Api-Api.

“Bagaimanapun, calon bagi kerusi DUN Moyog akan diumumkan pada Jumaat ini,” katanya pada pengumuman calon parti itu di Kota Kinabalu hari ini.

Liew (gambar) berkata beliau akan mempertahankan kerusi DUN Api-Api dan bertanding di Tawau bagi merebut kerusi Parlimen kawasan itu.

Parti itu turut mengetengahkan empat calon wanita dan dua calon muda iaitu Chrisnadia Sinam, 35, yang bertanding kerusi Parlimen Tuaran dan Raymond Ahuar, 33, di Parlimen Pensiangan.

Penyandang kerusi DUN Inanam Dr Roland Chia pula memutuskan untuk tidak bertanding.

Berikut senarai penuh calon PKR Sabah bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Parlimen:

1. Tawau - Christina Liew Chin Jin
2. Beaufort - Johan @ Christopher OT Ghani
3. Ranau - Jonathan Yasin
4. Tuaran - Chrisnadia Sinam
5. Putatan - Awang Husaini Sahari
6. Pensiangan - Raymond Ahuar

Dewan Undangan Negeri:

1. Inanam - Kenny Chua Teck Ho
2. Api-Api - Christina Liew Chin Jin
3. Tempasuk - Mustapha Sakmud @ Mohd Yunus Sakmud
4. Kadamaian - Lukia Indan
5. Karanaan - Chong Peck Hing @ Chong Poh Sing
6. Matunggong - Sazalye Donol Abdullah
7. Tamparuli - Dausil Kundayong
8. Kuala Penyu - Dikin Musah
9. Moyog - Belum diumumkan

-Bernama

Lihat Komen
ADS