Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 l PKR akan bertanding di enam kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Pengumuman senarai calon itu dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah Dr Abd Rahman Ahmad pada majlis memperkenalkan semua calon pakatan itu di Alor Setar, malam ini.

Turut hadir Pengerusi HARAPAN negeri ini merangkap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Abdul Rahman berkata Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail (gambar) akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kedah manakala Penasihat PKR negeri Datuk Johari Abdul juga mahu mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Petani selain bertanding kerusi DUN Gurun.

Kerusi Parlimen Alor Setar pula akan ditandingi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis Chan Ming Kai, Ketua Wanita Keadilan Kedah Nur Azrina Surip@Nurin Aina Abdullah (Parlimen Merbok), Ketua Cabang Keadilan Padang Serai M. Karupaiya (Parlimen Padang Serai) dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Parlimen Kulim-Bandar Baharu).

Calon lain DUN ialah Ketua Cabang Keadilan Padang Terap Hashim Idris yang bertanding di Pedu, Setiausaha Keadilan Kedah Che Mat Dzaher Ahmad (Bukit Pinang), Naib Pengerusi PKR negeri Zamri Yusof (Suka Menanti), R. Summugam (Bukit Selambau), Pengarah Komunikasi PKR Kedah Ooi Tze Min (Bakar Arang) dan Ketua Cabang Keadilan Sungai Petani Robert Ling Kui Ee (Sidam) Ketua Penerangan PKR Kedah Mohamad Sofee Razak pula akan bertanding kerusi DUN Kuala Ketil, Anggota Jawatankuasa PKR Kedah Azman Nasrudin (Lunas) dan Naib Ketua Cabang Kulim-Bandar Baharu Yeo Keng Chuan (Kulim), katanya.

Dalam pada itu, calon DAP hanya bertanding di dua kerusi DUN iaitu Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew (gambar) dan Setiausaha Eksekutif DAP Kedah Teh Swee Leong dengan masing-masing akan menjadi calon di DUN Derga dan Kota Darul Aman.

Pakatan Harapan akan bertanding di semua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN di negeri ini.

Berikut senarai penuh calon PKR di enam kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini:

Parlimen:

P009- Alor Setar - Chan Ming Kai
P010- Kuala Kedah - Dr Azman Ismail
P014- Merbok - Nor Azrina Surip@Nurin Aina Abdullah
P015- Sungai Petani - Datuk Johari Abdul
P017- Padang Serai - M. Karupaiya
P018- Kulim-Bandar Baharu- Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Dewan Undangan Negeri:

N08- Pedu - Hashim Idris
N10- Bukit Pinang - Che Mat Dzaher Ahmad
N12- Suka Menanti - Zamri Yusuf
N22- Gurun- Datuk Johari Abdul
N25- Bukit Selambau - R.Summugam
N28- Bakar Arang - Ooi Tze Min
N29- Sidam - Robert Ling Kui Ee
N32- Kuala Ketil - Mohamad Sofee Razak
N34- Lunas - Azman Nasrudin
N35- Kulim – Yeo Keng Chuan

 

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS