Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRU14 l  Orang ramai tidak perlu takut untuk mengkritik Pakatan Harapan (HARAPAN) walaupun mendapat gelaran 'macai' (running dogs), kata timbalan pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To.

Pada majlis ceramah malam ini, See-To menggesa hadirin beberapa kali bahawa mereka tidak perlu takut mengkritik HARAPAN jika mereka bercakap benar dan mahu gabungan pembangkang itu bertanggungjawab. Menurutnya, beliau bercakap berdasarkan pengalaman peribadi.

"Jika anda mengatakan sesuatu yang baik tentang BN dan sesuatu yang buruk tentang HARAPAN, anda dipanggil sebagai pengkhianat kepada kaum anda.

"Malah ibu dan saudara-mara saya mengatakan hal ini kepada saya ... tetapi saya tidak keberatan dipanggil 'macai' kalau ada kebenarannya.

"Sekiranya kita sentiasa takut untuk digelar 'macai', HARAPAN boleh berbuat apa saja, mereka akan menyalahgunakan kepercayaan anda," katanya dalam satu ceramah yang bertajuk "Perbincangan Politik: Isu Semasa di Malaysia" di SJK (C) Sungai Way di Petaling Jaya malam tadi. BN Damansara menganjurkan majlis itu. 

Walaupun tidak menjadi calon dan bukan anggota parti itu, kelihatan See To menjadi penceramah utama majlis dan bercakap selama lebih sejam.

Pada majlis yang sama, empat calon BN diperkenalkan tetapi masing-masing bercakap kurang dari 10 minit.

Calon baru MCA bagi kerusi Parlimen Damansara, Ryan Ho Kwok Xheng, memberi ucapan kepada orang ramai selama tiga minit.

Tiga calon lain ialah Tan Gim Tuan dan Ch'ng Soo Chau daripada MCA yang bakal bertanding kerusi DUN Kampung Tunku dan Bandar Utama serta calon parti Gerakan, Syed Abdul Rahman Alsagoff untuk kerusi DUN Bukit Lanjan.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS