Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya pernah lalui ‘masa sukar’, kata Najib
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 3:42 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

PRU14 l Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak berkata kelebihannya adalah dirinya pernah mengharungi "masa-masa sukar" sehingga menjadikannya seorang yang berdaya tahan yang tidak mudah menyerah kalah dalam misi memacu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam satu wawancara dengan Bloomberg, Najib berkata perwatakannya mungkin kelihatan sederhana, namun daya tahannya adalah kuat.

“Saya pernah melalui masa-masa sukar, bukan sahaja baru-baru ini apabila saya menyertai politik - dunia politik yang ganas dan terumbang-ambing - sejak di sekolah asrama.

"Saya belajar untuk bergaul dengan pelbagai jenis orang dan keadaan yang sukar, saya tidak berputus asa dengan mudah, keazaman saya begitu utuh.

"Saya percaya (dengan) apa yang saya lakukan, saya percaya bahawa apa yang saya lakukan itu adalah baik untuk negara. Saya percaya saya perlu meneruskan misi saya.

"Bagi saya, jika rakyat menyokong saya, kita akan menuju ke tahap lebih tinggi," katanya.

Najib kini berdepan dengan apa yang menurut pemerhati sebagai pertarungan politik paling sukar dengan cabaran daripada bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, menjadi kritikal terhadap Najib sejak selepas pilihan raya umum lalu pada tahun 2013 yang menyaksikan undi populariti BN merosot dengan begitu ketara.

Najib berkata rekodnya membuktikan bahawa beliau lebih baik berbanding Mahathir. Dakwanya, pemimpin berusia 93 tahun itu terlalu taksub mahukan kuasa semula.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS