Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HARAPAN: Harga minyak kekal sebab PRU14?
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 6:22 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

PRU14 | PKR hari ini mempersoalkan sama ada harga minyak dalam negara yang tidak berubah sejak lima minggu lalu disebabkan pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei.

Mengambil kira harga minyak mentah dunia yang sedang tinggi, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, harga minyak yang kekal menunjukkan kerajaan boleh menstabilkan harga petrol dan diesel jika mahu.

"Sungguhpun harga minyak Brent berada di paras paling tinggi sejak November 2014, harga kekal untuk lima minggu berturut-turut.

"Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini diumumkan tidak berubah. Sungguhpun harga minyak Brent berada di paras paling tinggi sejak November 2014, harga kekal untuk lima minggu berturut-turut.

"Ini menimbulkan persoalan adakah harga petrol dan diesel tidak berubah selama lima minggu berturut-turut kerana pilihan raya umum ke-14 akan berlangsung pada 9 Mei ini?

"Pengekalan harga petrol dan diesel selama lima minggu berturut-turut juga membuktikan harga petrol dan diesel boleh distabilkan," katanya melalui kenyataan media.

Beliau mengulangi bahawa Pakatan Harapan akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi sasaran dalam tempoh 100 hari sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan selepas PRU ke-14.

"Ini sejajar dengan teras utama pentadbiran Pakatan Harapan iaitu untuk meringankan bebanan kehidupan rakyat," katanya.

Menurut pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam, harga RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter dan RON97 pula RM2.47 seliter kekal sehingga Rabu depan.

Harga itu merupakan harga sama sejak 22 Mac lalu.

Sistem harga minyak yang ditetapkan secara mingguan mula dilaksanakan sejak 30 Mac tahun lalu dan dikira berdasarkan harga yang dikeluarkan Means of Platts Singapore (Mops).

Di bawah dasar Mekanisme Harga Automatik kerajaan, selain Mops, harga runcit bergantung kepada tukaran ringgit dan dola AS, harga jualan kilang penapis, perbelanjaan mengurus, dan margin keuntungan syarikat minyak dan peniaga petrol.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS