Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSATU tanding 10 DUN, 3 parlimen di Terengganu

PRU14 | Pakatan Harapan (HARAPAN) mengesahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada pilihan raya umum, 9 Mei ini.

Pengumuman calon bagi 10 daripada 32 kerusi DUN dan tiga daripada lapan kerusi Parlimen dilakukan oleh Pengerusi HARAPAN negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad.

Melalui pembahagian kerusi yang diputuskan, AMANAH akan bertanding di 11 kerusi DUN dan 3 Parlimen manakala PKR (11 DUN, 2 Parlimen) dan BERSATU (10 DUN, 3 Parlimen).

PRU14 bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurang tiga penjuru bagi kesemua kerusi DUN dan Parlimen.

Hadir sama dalam Majlis Pengisytiharaan Calon HARAPAN Terengganu bagi PRU14 di Kuala Terengganu, hari ini Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan Pengerusi BERSATU negeri, Datuk Razali Idris.

Sementara itu, Pengerusi BERSATU, Datuk Razali Idris (gambar) dalam sidang media selepas majlis pengumuman calon parti itu berkata terdapat pemimpin BN di Terengganu memberi sokongan dan bantuan secara senyap kepada gabungan pakatan pembangkang itu kerana kecewa tidak diangkat menjadi calon.

Sokongan yang diterima Pakatan Harapan termasuklah dari segi bantuan kewangan bagi membantu calon menentang BN.

“Sekarang ini lagi banyak apabila nama calon BN diumumkan kami mendapat sokongan yang kuat daripada pemimpin BN yang tidak terpilih yang merasakkan mereka lebih layak diangkat sebagai calon, sekarang ini menyokong kita.

“Sekarang musuh kita Umno ialah sahabat kita, untuk nak lawan BN kita mesti bersahabat dari musuh-musuh kita,” katanya.

Gelombang kekecewaan BN

Gelombang kekecewaan yang berlaku dalam Barisan Nasional bukan sahaja berlaku di Terengganu tapi seluruh Malaysia sehingga ada yang umum keluar parti.

Terbaharu Tan Sri M Kayveas mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP), Pengerusi myPPP Wilayah Persekutuan dan penasihat myPPP Perak.

Selain Kayveas, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sekali gus menjawab spekulasi yang bermain di media sosial beberapa hari ini setelah namanya digugurkan daripada senarai calon BN yang bertanding di Johor dalam PRU14 kali ini.

Menerusi pengumuman calon Pakatan Harapan Terengganu, PPBM hari ini secara rasmi mengumumam calon lengkap mereka selepas Amanah dan PKR melakukannya semalam.

Senarai calon BERSATU

Berikut adalah senarai nama calon BERSATU bagi Parlimen dan DUN di Terengganu:

Hulu Terenganu- Datuk Razali Idris

Besut- Datuk Wan Nazari Wan Yusof

Setiu-Datuk Faudzi Musa

Kuala Besut-Che Ku Hashim Che Ku Mat

Hulu Besut-Ismail Abdul Kadir

Tepuh-Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan

Ladang-Datuk Zulkifli Mohamad

Pengkalan Berangan-Aidi Ahmad

Ajil-Zamani Mamat

Bukit Besi-Mohamad Arif Arifin

Kijal-Datuk Wan Marzuki Wan Sembok

Batu Rakit-Amir Long

Langkap-Mustaffa Abdullah
 

Lihat Komen
ADS