Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akar umbi Umno tolak calon Taboh Naning
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 10:37 PM
Dikemaskini: 2:59 PM

Sekumpulan akar umbi Umno di daerah Alor Gajah Melaka membantah pencalonan exco sementara kerajaan negeri Datuk Latipah Omar sebagai calon Umno di kerusi DUN N5 Taboh Naning di Melaka.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umno Cawangan Kemus, Ishak Mohammad berkata mereka berasa kecewa dan kesal kerana BN melantik seorang "calon luar" untuk bertanding di situ.

"Kali ini kami Umno cawangan Taboh Naning sebulat suara mahukan anak tempatan sebagai calon.

"Sebelum ini kami telah banyak kali menyuarakan pandangan kami dalam persidangan-persidangan Umno Bahagian Masjid Tanah dan ternyata suara kami ini nampaknya tidak dipedulikan pimpinan tertinggi Umno," kata kenyataan itu lagi.

Pada PRU13, Latipah mendapat 3,873 undi menewaskan calon PAS Abd Halim Said dengan majoriti 2,355 undi.

Lihat Komen
ADS