Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JAIS: Jauhi fitnah, utamakan 'tabayyun' dalam kempen PRU
Diterbitkan:  Apr 27, 2018 3:51 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Khutbah Jumaat negeri Selangor hari ini menyeru umat Islam agar menjauhi unsur-unsur fitnah dan mengutamakan tabayyun (menyelidiki kebenaran berita) dalam kempen pilihan raya umum 9 Mei ini.

"Apa yang diharapkan juga adalah semua pihak hendaklah menyampaikan berita yang benar dan bertanggungjawab bagi setiap fakta yang disampaikan.

“Manakala bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya hendaklah sentiasa tabayyun atau memastikan kebenarannya sebelum menerima dan menyebarkannya,” menurut khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

Mimbar mengingatkan umat Islam terhad firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat yang berkata orang-orang yang beriman menyelidik dahulu berita dari golongan fasik.

Khutbah itu turut menyeru agar dalam keghairahan berkempen itu, jangan sampai melonggarkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.

"Perkara ini (longgarnya ikatan perpaduan) berlaku adalah kerana kelalaian kita yang terlalu asyik berkempen hingga terpesong ke dalam kancah kutuk mengutuk, hina menghina, aib-mengaib dan lebih dahsyat lagi fitnah-memfitnah,” katanya.

Lihat Komen
ADS