Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon Melayu DAP dituduh pro-Kristian, serang Jakim

PRU14 | Bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid merupakan wanita Melayu pertama yang diletakkan bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang di bawah panji-panji pembangkang. Beliau bakal menggantikan ADUN penyandang daripada DAP, peguam RSN Rayers di kerusi Seri Delima.

Terdahulu, terdapat laporan daripada akhbar tempatan mengenai sebaran daripada pihak yang tidak diketahui di aplikasi Watsapp mempersoalkan pencalonannya.

Semalam, Syerleena membuat laporan polis berkenaan poster fitnah yang menuduh dia mahu menyerang institusi Islam Jakim menukar agama rasmi persekutuan kepada agama Kristian.

"Cukup jelas ini fitnah jahat dan percubaan untuk menjatuhkan saya. Saya tidak perlu bercakap dengan panjang lebar, kenyataan itu tidak benar dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi memasang niat untuk melakukannya," katanya.

"Tuduhan itu bermotifkan politik dengan niat untuk menyerang saya sebagai calon di sini," katanya.

Syerleena telah membuat tiga laporan polis mengenai poster yang sama pada tahun lalu namun tidak ada tindakan daripada pihak polis.

Beliau berkata taktik sebegitu tidak bermakna dan tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak. Sebaliknya, pihak yang berbuat demikian menghina mereka yang mempercayainya.

"Saya yakin dengan orang Pulau Pinang, tanpa mengira bangsa dan agama mereka adalah orang bijak dan tidak akan menelan fitnah sedemikian kerana mereka boleh menilai sendiri apa yang benar dan yang palsu," tambah penolong publisiti DAP kebangsaan itu.

DUN Seri Delima, terletak di bawah kerusi Parlimen Jelutong, mempunyai 23,841 pengundi pada tahun 2013, dengan Melayu 23 peratus Cina 66 peratus, India 11 peratus dan lain-lain kaum 1 peratus.

Syerleena bakal berdepan Khoo Kay Teong MCA dalam pertarungan yang akan berakhir pada hari mengundi 9 Mei ini. Besok adalah hari penamaan calon.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS