Rafidah: Saya sudah pulih sepenuhnya
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz memulakan tugas rasmi di pejabatnya hari ini, dua minggu selepas menjalani pembedahan menukar tempurung lututnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz memulakan tugas rasmi di pejabatnya hari ini, dua minggu selepas menjalani pembedahan menukar tempurung lututnya.
Walaupun tidak dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat untuk bergerak, Rafidah yang digelar wanita besi oleh akhbar Malaysia, berada dalam keadaan yang ceria semasa dikerumuni pemberita yang ingin mengetahui mengenai perkembangannya.
"Saya pulih sepenuhnya. Saya hanya perlu menjaga kaki saya. Saya akan menuruti nasihat doktor jadi saya rasa akan dapat berjalan seperti sedia kala dalam tempoh seminggu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran media Pameran Perniagaan Asia Timur (EABEX 2005) di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut laporan Bernama , Rafidah berkata, beliau berharap akan dapat berjalan tanpa perlu menggunakan tongkat bantuan berjalan menjelang Hari Raya pada minggu hadapan.
"Saya semakin bertambah sihat tetapi saya tidak berani berjalan terlalu banyak sendirian kerana ini adalah tempurong lutut palsu jadi saya perlu berhati-hati," katanya.
Enggan ulas
Rafidah berkata beliau telah mulai bekerja sejak dilakukan pembedahan itu di rumah dan di hospital walaupun diberi cuti dua minggu oleh doktornya.
"Malah saya bertugas semasa di hospital," katanya sambil merujuk kepada pertemuannya dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Shoichi Nakagawa di hospital beberapa hari selepas menjalani perbedahan.
"Dua hari pertama (selepas pembedahan itu) saya berasa lemah dan berasa selesa pada hari ketiga dan telah mulai bekerja kerana memang ada banyak kerja. Saya tidak suka menghimpun kerja di pejabat," katanya.
Bagaimanapun, Rafidah yang diberi perhatian berhubung dengan beberapa isu yang kontroversi berkaitan permit kelulusan (AP) untuk mengimport kereta enggan untuk memberi respons selain berkaitan EABEX'05.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.