Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: BN, HARAPAN saing sengit raih undi popular di Johor
Diterbitkan:  Apr 27, 2018 7:16 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

PRU14 l Pakatan Harapan dan BN bersaing sengit dari segi undi popular di Johor - tempat kelahiran Umno - dengan masa kurang dua minggu sebelum pilihan raya umum 9 Mei.

Menurut kaji selidik oleh Merdeka Centre, undi popular adalah 47 peratus untuk BN dan 42 peratus untuk HARAPAN manakala PAS pula adalah 11 peratus.

Pecahan mengikut kaum, setakat pada 9 April lalu, menunjukkan mereka yang menyokong BN adalah 60.9 peratus Melayu, 22.4 peratus Cina dan 64.3 peratus kaum.

Bagi HARAPAN, peratus yang menyokong gabungan pembangkang itu adalah 19.4 peratus Melayu, 77.6 peratus Cina dan 32.7 peratus India.

PAS memperolehi 19.2 peratus sokongan Melayu dan tiga peratus India manakala sokongan daripada masyarakat Cina hampir boleh diabaikan.

Walau bagaimanapun, bagi peluang realistik HARAPAN untuk menawan Nusajaya, mereka perlu memenangi lebih banyak sokongan BN daripada mengatasi masalah gerrymandering.

Secara khusus, HARAPAN memerlukan 10 peratus lagi sokongan Melayu dan lima peratus lagi undi Cina, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.

"Buat masa ini, mereka (HARAPAN) jauh lagi (untuk menang).

"Kita boleh nampak sokongan BN di kalangan orang Melayu di Johor mula merosot namun mereka yang tidak mengundi BN kelihatan berpecah antara PAS dan HARAPAN," katanya.

Merdeka Center menganggarkan bahawa sekitar 20.9 peratus pengundi Melayu meninggalkan BN sejak pilihan raya umum lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS