Bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Mohd Puad Zarkashi sah tidak bertanding sebagai calon bebas di parlimen Batu Pahat, Johor.

Sehingga penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi, tiada kelibat Puad muncul di pusat penamaan calon.

Percubaan untuk menghubungi Puad tidak berjaya.

BN, Pakatan Harapan dan PAS telah mengemukakan kertas pencalonan mereka.

Selepas digugurkan oleh BN, timbul spekulasi Puad akan bertanding sebagai calon bebas.

Bekas penggerak 'propaganda' BN itu, secara terbuka menyerang BN dan calon penggantinya yang didakwanya mempunyai masalah moral.

Ketua Wanita Umno Batu Pahat Haliza Abdullah dalam wawancara dengan Malaysiakini mengingatkan Puad agar tidak mengambil kira soal maruah dirinya saja, sebaliknya memikirkan maruahnya sebagai ibu dan isteri.