Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran hilang kelayakan bertanding selepas diisytihar muflis.

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jeli, Zulkifli Ab Rahman ketika membuat pengumuman senarai calon bertanding selepas berpuas hati dengan semua borang pencalonan, hari ini.

Sehubungan itu, perebutan kerusi DUN Kuala Balah menyaksikan pertembungan dua penjuru antara penyandang dari BN, Abdul Aziz Derashid dan calon PAS, Mohd Apandi Mohamad.

Sementara itu, Mohd Hafidz Rizal yang juga bekas ketua Pemuda PKR Kelantan ketika ditemui enggan tidak memberikan sebarang komen.

Beliau dilihat meninggalkan perkarangan pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pada pukul 10.10 pagi tadi.

Pada pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi Abdul Aziz dengan menewaskan calon PAS, Sufely Abd Razak dengan majoriti 1,533 undi.

Sementara itu, di parlimen Jeli serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dan Bukit Bunga menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan HARAPAN.

Penyandang kerusi parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dicabar Mohamad Hamid (PAS) dan bekas anak buahnya iaitu bekas pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azran Deraman (HARAPAN).

Mustapa sebagai penyandang DUN Air Lanas turut dicabar bekas anak buahnya iaitu Dr Aminuddin Yaakob mewakili HARAPAN dan calon PAS, Datuk Abdullah Ya’kub.

Di kerusi DUN Bukit Bunga pula menyaksikan saingan tiga penjuru antara Adhan sebagai penyandang Datuk Adhan Kechik (BN), Ramzi Md Yusoff (PAS) dan Asran Alias (HARAPAN).

Lihat Komen
ADS