PRU14 l Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui bahawa adalah janggal untuk bertanding menentang rakan-rakannya dan bekas teman seperjuangan partinya.

Mukhriz adalah ketua Umno Jerlun dan menteri besar sebelum dipecat pada tahun 2016. Beliau adalah penyandang DUN Ayer Hitam ketika itu dan juga pernah menjadi anggita parlimen Jerlun pada pilihan raya umum 2008.

Beliau sekarang bersama BERSATU dan akan berdepan dengan Datuk Aminuddin Omar di Jitra, yang pernah menyokongnya pada 2016 semasa dirinya dipecat. Di kerusi Parlimen Jerlun pula, beliau akan menentang rakannya, Datuk Othman Aziz.

"Saya harus mengakui ini agak janggal tetapi ini adalah proses demokrasi. Kami tidak pernah merancang sedemikian, tetapi ini yang terjadi, jadi kami hanya menerimanya.

"Jadi, saya tidak ada masalah bertanding menentang bekas rakan sekerja saya tetapi berharap suasana tidak panas. Kerana ia tidak seperti kita tidak mengenali antara satu sama lain.

"Jadi saya fikir Insya-Allah kita akan menyaksikan kempen sengit selama 11 hari tetapi diharapkan dengan cara yang mesra," katanya kepada pemberita di pusat penamaan Jerlun di SM Sains Kubang Pasu hari ini, selepas pencalonan ditutup dan sedang dimuktamadkan.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan sabotaj, Mukhriz berkata "rakan-rakan di pihak lain" telah memberitahunya bahawa BN memberi tumpuan kepada beberapa kerusi termasuk Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), Jerlun dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Saya tak boleh nak mengesahkan tapi kita kena bersedia menghadapi kemungkinan.

“Kita memang bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Tapi semangat jentera kami akan dapat menangani taktik-taktik apa jua yang cuba dipakai,” katanya.

[Baca berita penuh]