Malaysiakini
ENBM中文TA
Log Masuk
LANGGAN
  • Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
  • Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:
    AKTIFINACTIVEEXPIRED
  • LANGGAN
  • Renew
  • Sambung Langganan
  • Settings
  • Hubungi kami
  • Log keluar
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
Malaysiakini
user
Log Masuk
LANGGAN
ENBM中文TA
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
ENBM中文TA
    • Bersama cabar Anwar jawab tuntutan DAP di majlis makan malam di Melaka

      1h ago
    • Bapa warga M'sia, tuntutan kerakyatan anak ditolak

      1h ago
    • Razlan tempelak PH isu cap pengkhianat, cabar beri layanan sama buat GPS

      1h ago
    • Demokrat 'rampas' kedua-dua dewan Kongres AS dari Republikan

      1h ago
    • Aliff Daniel, Nur Ranea dan ibu lafaz taubat

      1h ago
    Lelaki ke pusat penamaan calon untuk umum tak bertanding
    Malaysiakini
    Berita
    Lelaki ke pusat penamaan calon untuk umum tak bertanding

    Lelaki ke pusat penamaan calon untuk umum tak bertanding

    Diterbitkan: Apr 28, 2018 3:21 PM | Dikemas kini: Apr 28, 2018 3:25 PM

    Seorang lelaki yang pada mulanya dilaporkan akan turun gelanggang bagi merebut kerusi parlimen P198 Puncak Borneo atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), tiba-tiba menarik diri di saat-saat akhir walaupun beliau paling awal tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kecil Siburan, kira-kira 40km dari Kuching.

    Bego Sepop yang tiba di pusat penamaan calon itu seawal pukul 8.05 pagi berkata kehadirannya pagi ini hanya bertujuan mengumumkan keputusan beliau untuk “tidak masuk gelanggang” demi perpaduan kaum Bidayuh di kawasan itu.

    Kawasan Parlimen Puncak Borneo menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Genot anak Sinel, calon PKR Willie Mongin, dan calon Parti Reformis Sarawak (STAR) Buln Ribos.

    Terdahulu, Genot tiba di pusat penamaan dengan diiringi oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin yang merupakan pengarah jentera pilihan raya BN Puncak Borneo, serta Datuk Dr Jerip Susil (ADUN Mambong), Miro Simuh (ADUN Serembu) dan Datuk Roland Sagah Wee Inn (ADUN Tarat).

    BN mempertaruhkan muka baharu di Puncak Borneo bagi menggantikan Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air) yang berundur atas alasan kesihatan.

    - Bernama

    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    Lihat Komen0

    Ulasan0

    Dengan menghantar komen, anda bersetuju dengan Terma & Syarat kami seperti yang dinyatakan secara lengkap di sini

    Garis panduan komen di Malaysiakini

    TERMA & SYARAT

    Kami tidak akan bertoleransi terhadap pengulas yang menggunakan bahasa tidak sopan, lucah, fitnah, serangan peribadi, ancaman, komen berorientasikan seksual atau apa-apa penggunaan kaedah komunikasi yang melanggar undang-undang atau menimbulkan rasa tidak senang. Tingkah laku antisosial seperti "spamming" dan "trolling" akan digantung akaun langganan. Pengguna yang melanggar syarat ini juga mempunyai risiko disekat penggunaan komen secara kekal.

    LAPOR PENYALAHGUNAAN

    Gunakan ciri laporan yang tersedia di bawah setiap komen untuk menandakan komen yang melanggar terma & syarat seperti di atas supaya moderator kami dapat mengambil tindakan. Jangan kendalikan perkara ini sendiri untuk mengelakkan salah faham yang boleh mengakibatkan akaun anda sendiri digantung atau disekat.

    NOTIS

    Sistem ulasan kami masih dalam proses penyediaan. Kami mengambil maklum semua pandangan yang diberikan.

    Ruang khas untuk pelanggan:

    Adakah anda seorang pelanggan?

    Log Masuk

    Belum menjadi pelanggan?

    Langgan

    3200 aksara lagi

    Ulasan yang sedang disemak0

    Anda pasti mahu padam komen ini?

    Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.

    Lapor komen ini

    500 aksara lagi
    mk-logo
    • whatsapp
    • telegram
    • youtube
    • facebook
    • x
    • instagram
    • tiktok
    • linkedin
    • Tentang Malaysiakini
    • Staf
    • Dasar Privasi
    • Syarat Penggunaan
    • Pengiklanan
    • Kerjaya
    • Arkib
    • Rangkaian Media
    • KiniTV
    • FG Media
    • RSS Feeds
    • Berita
    • Kolum
    • Surat
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Langganan/Bantuan Teknikal
    telephone+6017-323 0707
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    • Pengiklanan
    • advertise@malaysiakini.com
    • advertise@fgmedia.my
    Mkini Dotcom Sdn Bhd
    (199901014818 / 489718-U)No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Langganan/Bantuan Teknikal
    telephone+603-7770 0017
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    @Kini
    No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor