Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP nafi polis halang calon HARAPAN DUN Rantau
Diterbitkan:  Apr 28, 2018 4:40 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

PRU14 | Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan polis menghalang calon HARAPAN bagi DUN Rantau, S Streram daripada mengemukakan kertas penamaan calon pagi ini.

"Daripada maklumat yang saya terima, kita sama sekali tidak menghalang (calon). Tohmahan itu tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Apa yang kita lakukan adalah apabila pegawai pengurus pilihan raya (RO) minta bantuan, kita laksanakan apa yang diminta RO.

Beliau mengulas dakwaan Naib Presiden PKR RAfizi Ramli yang mendakwa polis dan pegawai SPR sengajar menghalang Streram daripada mengemukakan kertas pencalonannya.

Rafizi mendakwa Streram hanya dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 10.03 pagi, beberapa minit selepas tamat tempoh pencalonan.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Rafizi ekoran dakwaan itu, Fuzi berkata bergantung kepada keadaan.

"Kalau dia terus menghebahkan kita yang bertanggungjawab, kita tak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan tegas," katanya.

Fuzi berkata polis amat berpuas hati apabila tiada kejadian tidak diingini sepanjang proses penamaan calon hari ini.

Lihat Komen
ADS