Indonesia tawar wangtunai tangkap Azahari dan Noordin
Terjemahan Kerajaan Indonesia menawarkan hampir AS$100,000 (RM379,000) kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya dua pakar bom rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Bali pada 1 Oktober.
Terjemahan Kerajaan Indonesia menawarkan hampir AS$100,000 (RM379,000) kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya dua pakar bom rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Bali pada 1 Oktober.
Tawaran hadiah wangtunai satu bilion rupiah (AS$99,260) itu diumumkan ketika pihak polis bercadang mengedarkan 600,000 risalah yang mengandungi gambar Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top serta tiga pengebom berani mati dalam kejadian serangan ke atas pulau peranginan itu pada I Oktober lalu.
Ketua Polis Negara Makbul Padmanegara berkata, pihak polis juga menawarkan hadiah wangtunai satu juta rupiah (AS$99.26) kepada sesiapa sahaja yang dapat mengenalpasti identiti tiga pengebom berani mati itu.
Kepala pengebom berani mati itu ditemui di tempat kejadian yang mengorbankan 20 orang.
Kumpulan sepihan
Bagaimanapun identiti mereka masih belum dikenalpasti selepas tiga minggu serangan itu berlaku di sebuah restoran di Bali.
Padmanegara berharap hadiah lumayan itu akan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya keganasan serta memperolehi maklumat sehingga tertangkapnya pakar-pakar bom tersebut.
Para pegawai pula berkata, dua rakyat Malaysia itu yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI), turut terbabit dalam pengeboman Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang, serta serangan bom ke atas sebuah hotel di Jakarta dan Kedutaan Australia,
Sebelum ini ,seorang pakar mengenai JI berkata, kedua-dua lelaki tersebut mungkin menubuhkan kumpulan mereka sendiri selepas berlaku perpecahan dalam badan induk JI berikutan perbuatan pengeboman yang mengorban ramai mangsa.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.