Timbalan menteri sementara di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan beliau difitnah memeluk wanita bukan mahram selepas penamaan calon kelmarin.

Dalam video tular itu kelihatan beliau memeluk beberapa orang wanita selepas selesai pencalonannya sebagai calon parlimen Pasir Putih.

“Di sini ingin saya tegaskan wanita pertama yang saya peluk itu adalah ibu saya sendiri disusuli kakak-kakak dan adik-adik perempuan saya sendiri yang sanggup balik ke Kelantan semata-mata mahu menzahirkan sokongan moral kepada saya dalam PRU 14 ini,” katanya.

Menulis di Facebook, beliau turut menggunakan tanda pagar #semaksebelumsebar dan #tabayyunsebelummuflisakhirat.