Penduduk asal Sabah berdepan dengan masalah hakmilik tanah
Terjemahan Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) terkemuka di Sabah hari ini menggesa kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah suruhanjaya penyiasat untuk mengkaji keseriusan masalah tanah yang menjejaskan penduduk asal di negeri tersebut.
Terjemahan Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) terkemuka di Sabah hari ini menggesa kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah suruhanjaya penyiasat untuk mengkaji keseriusan masalah tanah yang menjejaskan penduduk asal di negeri tersebut.
Masalah tersebut timbul berikutan pemberian terlalu banyak pajakan tanah kepada individu dan syarikat yang ada kaitan dengan parti politik dari Semenanjung Malaysia.
Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuah, Patrick Sindu berkata, ramai daripada 52 kaum etnik di Sabah, termasuk Kadazandusun, Murut dan Rumus, tidak berpuashati dengan pemimpin kerajaan negeri, termasuk wakil dari masyarakat mereka sendiri.
"Malah kaum Kadazandusun, salah satu kaum etnik terbesar di Sabah, kecewa dengan Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Joseph Pairin Kitingan, yang memimpin parti kaum Kadazandusun Parti Bersatu Sabah (PBS)," katanya kepada malaysiakini.
Sindu juga merupakan anggota jawatankuasa Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun.
Katanya, sejak beberapa tahun lalu, masyarakat kaum asal sentiasa gagal dalam permohonan untuk mendapatkan hakmilik bagi tanah adat (NCR) di daerah masing-masing, seperti di Penampang, Keningau, Tongot, Nubawan, Kuamut di Kinabatangan dan Kudat.
Sebaliknya, pajakan tanah yang besar membabitkan 10,000 hingga 20,000 ekar diberikan kepada syarikat-syarikat besar dan individu yang ada kaitan politik dari Semenanjung Malaysia.
Masalah pusaka
Sindu menganggap masalah tanah sekarang adalah 'sangat serius' dan mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang khas untuk membincangkan perkara itu dalam persidangan dewan berkenaan.
Katanya, masalah tanah adalah masalah pusaka yang diwarisi oleh Ketua Menteri sekarang, Datuk Musa Aman dan kabinet negeri berikutan keputusan yang dibuat pemimpin PBS yang memerintah ketika itu.
"Terdapat banyak perjanjian yang berat sebelah dibuat pada masa lalu dengan syarikat-syarikat terbabit, dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri sekarang ialah ia mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang daripada syarikata-syarikat terbabit yang menuntut gantirugi berjumlah berjuta-juta ringgit jika perjanjian tersebut dipinda atau dibatalkan," tambahnya.
Masalah yang dihadapi oleh pemilik tanah NCR di sekurang-kurangnya 11 daerah di Sabah dibangkitkan oleh NGO Kadazan-dusun yang dikenali sebagai Rakan Pertubuhan Komuniti (Pacos).
Menurut Sindu, beliau telah sering membangkitkan perkara tersebut dengan wakil-wakil dari pelbagai masyarakat kaum etnik di negeri berkenaan.
Menurutnya, mereka mendakwa bahawa tidak banyak yang dapat mereka lakukan sekiranya mereka masih dalam lingkungan Barisan Nasional.
Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), kira-kira 80 peratus aduan yang diterima, adalah mengenai isu tanah.
Sesetengah pengadu tersebut sudah 30 tahun menunggu untuk mendapatkan geran milik selepas mengemukakan permohonan mereka kepada Jabatan Tanah dan Ukur.
"Apa yang membingungkan ialah terdapat kes-kes di mana penduduk tempatan yang mengemukakan permohonan lebih awal, tetapi tidak mendapat geran hakmilik, sedangkan permohonan yang dikemukakan kemudian oleh syarikat-syarikat besar, telah diluluskan," kata Sindu./ Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.