Kjaan diminta siasat laporan remaja Melayu pijak, bakar al-Quran
Kerajaan diminta menyiasat kegiatan ajaran sesat yang berteraskan "black metal" yang diamalkan sekumpulan anak muda Melayu beragama Islam di negara ini sehingga membawa kepada aktiviti memijak dan membakar al-Quran.
Kerajaan diminta menyiasat kegiatan ajaran sesat yang berteraskan "black metal" yang diamalkan sekumpulan anak muda Melayu beragama Islam di negara ini sehingga membawa kepada aktiviti memijak dan membakar al-Quran.
Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, budaya dan aliran yang dibawa dari negara Barat itu telah mula meresapi dan memesongkan akidah mereka.
"Golongan Melayu yang beragama Islam mengaku mereka anak syaitan. Perkara ini jika dibiarkan, akan merebak," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2006 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segara berhubung perkara itu bagi mengelak lebih ramai anak muda terjebak dalam kegiatan dan aliran yang salah itu.
"Kita berterima kasih kepada majalah Mastika kerana berani mengeluarkan isu berkenaan," katanya.
'Golongan Jahiliah'
Sambil menyifatkan kegiatan itu lebih dahsyat daripada perbuatan golongan Jahiliah, Mohamed berkata pihak yang bertanggungjawab seperti Jakim, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan polis perlu bekerjasama bagi mengatasi masalah itu.
Menurut laporan Bernama, Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) turut menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan itu.
Datuk Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Larut) mempersoalkan peranan Jakim sehingga berlaku kegiatan ajaran sesat.
"Saya sudah berkali-kali cakap dengan Jakim tentang perkara ini. Apakah Jakim tidak proaktif. Takkan kita nak minta struktur semula Jakim," katanya.
Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) berkata Kementerian Keselamatan Dalam Negeri perlu mengharamkan majalah dan buku mengenai "black metal" yang dijual secara berleluasa di negara ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.