Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Noh Omar tak hairan Daim jumpa Azmin
Diterbitkan:  May 1, 2018 4:49 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

PRU14 | Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Noh Omar menyifatkan kehadiran bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin di majlis kempen pemimpin PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai lebih kepada politik peribadi.

"Apa hendak dihairankan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang (penasihat DAP) pun sekarang cium mulut sedangkan dahulu Mahathir mengatakan Kit Siang macam-macam sebelum berpusing 360 darjah.

"Apa lagi pasal Azmin dan Daim ini hanya sekadar perjuangan politik peribadi," katanya dipetik Kosmo Online hari ini.

Menteri sementara Umno itu juga membayangkan situasi perjuangan pemimpin terdahulu parti itu juga kini telah berubah.

"Dahulu, bekas-bekas pemimpin kita sering menyatakan bahawa setiap pemimpin akan datang dan pergi namun perjuangan mereka tidak lari.

"Namun, situasi itu kini berubah dengan lebih mementingkan kepentingan peribadi semata-mata," katanya dipetik Kosmo Online lagi.

Semalam, Daim Zainuddin membuat kejutan tampil di suatu majlis menteri besar sementara Selangor di Pelabuhan Klang.

Menurut seorang pegawai menteri besar, ketibaan Daim di lokasi ceramah di Kampung Telok Gong yang dihadiri Azmin itu tidak dirancang.

Katanya, beliau difahamkan Daim tiba di kawasan kampung tersebut lebih awal sebelum ketibaan Azmin.

Menurut pegawai berkenaan lagi, program yang dihadiri Azmin itu merupakan program Santai Mesra Bersama Menteri Besar Selangor yang dibuat di kawasan kubu kuat BN dan PAS.

Beberapa keping gambar Azmin bersama Daim dimuatnaik oleh calon parlimen Gombak itu di laman Facebook.

Gambar berkenaan menunjukkan, Azmin yang berbaju kemeja ungu dilihat berjalan beriringan dengan Daim yang memakai topi hitam.

Dalam gambar yang lain pula, Daim dan Azmin dilihat bergurau apabila Daim ketawa sambil menunjukkan tangan kepada Azmin.

Lihat Komen
ADS