Tun Ghafar Baba, yang sedang dirawat di Pusat Perubatan Pantai kerana sakit jantung dan paru-paru, mengalami satu serangan angin ahmar yang ringan semalam.

Namun, menurut Pakar Perunding Sakit Dada hospital itu, Datuk Dr K.Ampikaipakan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menunjukkan tanda positif untuk pulih daripada serangan strok itu.

Katanya, Ghafar (foto) kini perlukan bantuan alat pernafasan tetapi beliau sedar dan memberikan tindak balas terhadap arahan doktor.

Ghafar, 80, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pada 12 Oktober lalu setelah dipindahkan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.