Calon bebas sedia kerjasama dengan HARAPAN pertahan Batu
Calon Bebas VM Panjamothy sedia bekerjasama dengan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, (HARAPAN) untuk mempertahnkan kerusi Parlimen Batu.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini,bekas pemimpin MIC itu berkata beliau mengalu-alukan kerjasama itu dengan tangan terbuka dan juga bersedia meneruskan perjuangan HARAPAN.
Walau bagaimanapun, katanya, jemputan harus dihulurkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua (foto, bawah) terlebih dahulu.
Tian Chua, yang adalah penyandang jawatan ahli parlimen Batu selama dua penggal tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu, 28 April lalu enggan mendaftarkan pencalonannya atas alasan dia hilang kelayakan daripada bertanding berhubung keputusan mahkamah.
Isnin lalu, pemimpin PKR itu berkata beliau bersedia menyokong calon lain sebagai pilihan terakhir jika cabarannya untuk membatalkan keputusan SPR gagal.
Batu, ketika ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Panjamothy, calon BN Dominic Lau, calon PAS Azhar Yahya dan seorang lagi calon Bebas, pelajar undang-undang M Prabakaran.
Spekulasi bertiup kencang bahawa pemimpin PKR sedang berhubungan dengan kedua-dua calon Bebas berkenaan tetapi Panjamothy enggan mengulas perkara itu.
Bekas anggota jawatankuasa kerja pusat MIC yang berusia 63 tahun itu adalah yang pertama mengumumkan bahawa dirinya akan mematuhi prinsip dan agenda perubahan HARAPAN, tetapi dengan syarat gabungan pembagkang itu harus memberi isyarat kepadanya terlebih dahulu.
Isyarat dari HARAPAN, kata Panjamothy, mestilah dalam bentuk perisytiharan terbuka.
"(Isyarat) sepatutnya kamu (HARAAPN) secara terbuka mengisytiharkan kamu ingin salah seorang calon Bebas untuk menjadi calon alternatif (untuk HARAPAN).
"Bola di kaki mereka," kata bapa kepada tiga orang anak itu yang menggunakan logo gajah kerana merasakan ini melambangkan kekuatan dan daya ingatannya.
Panjamothy berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan MIC selepas lebih tiga dekad kerana parti itu gagal mengiktiraf sumbangan ahli-ahlinya dan mendakwa bahawa janji untuk menjadikannya senator tidak pernah dipenuhi.
"Saya bukan hanya mementingkan diri sendiri, saya juga mahu menyumbang. Itulah sebabnya saya menyertai parti itu, saya juga menyertai enam NGO lain.
"Tetapi saya sedari bahawa saya semakin tua dan saya tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Saya bersemangat dan ingin berkhidmat, jadi saya keluar MIC untuk bertanding dalam pilihan raya umum," katanya.
Panjamothy juga menafikan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa parti itu telah memecatnya.
"Tidak, saya kemukakan surat peletakan jawatan saya sehari sebelum hari penamaan calon" katanya.
Panjamothy, yang mengendalikan sebuah tempat letak kereta dan kedai runcit, mendakwa beliau banyak menghabiskan masanya di Batu dan tidak seperti lawannya yang lain, beliau juga menetap di kawasan itu.
Jika dipilih, bekas juruteknik Telekom itu berikrar untuk mennjadi "harimau yang mengaum" di Parlimen dan merancang untuk menimbulkan isu-isu yang memberi kesan kepada penduduk setempat seperti halangan lalu lintas dan penempatan semula penduduk setinggan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.