Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak kisah laporan polis, Jamal akan beri Mercedes Benz
Diterbitkan:  May 2, 2018 9:21 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

PRU14 | Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak peduli dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya atas dakwaan "membeli undi".

Malah, Jamal menjelaskan, dia akan memberi hadiah Mercedez Benz C200 sebagai hadiah utama dalam 'konsert' seterusnya.

Bercakap dalam sidang media di Sekinchan hari ini, Jamal berkata belum ada masa dan tempat yang ditetapkan untuk konsert itu, namun menambah dia sudah mempunyai penaja.

"Saya belum pasti sama ada ia akan diadakan di Sungai Besar atau Sekinchan.

"Saya tak berani mengumumkan waktu dan tempatnya. Belum ada surat rasmi lagi daripada penaja, tapi hadiah utama adalah Mercedez Benz C Class C200," katanya.

Isnin lalu, BN meraikan warga Sekinchan dengan konsert percuma, makanan percuma, dan peluang memenangi motosikal, selain wang tunai RM25,000, dalam kempennya untuk menawai kawasan berkenaan yang disandang DAP.

Selain itu, pada hari sama, Jamal juga menjanjikan nelayan di kawasan itu RM2,000 setiap seorang sekiranya BN menang.

Seorang ahli DAP telah membuat laporan polis semalam, mendakwa tindakan Jamal itu boleh disamakan undi.

Hari ini Jamal berkata dia tidak ada masalah dengan laporan polis yang dibuat ke atasnya kerana dia yakin pihak berkuasa akan ambil tindakan sekiranya benar dia melakukan kesalahan.

"Mereka nak buat seribu atau dua ribu laporan polis, saya tak ada masalah (Dengan itu).

"Apa yang penting bagi saya adalah memperkenalkan pengundi dengan calon (BN).

"Tak ada 10 sen pun dari calon, dari BN, Umno atau komponen parti BN (diberi kepada pengundi). Semuanya daripada penaja," katanya.

Berhubung janji memberikan RM2,000 kepada nelayan, Jamal mendakwa ia datang dari 13 syarikat nelayan yang sudah berjaya yang ingin berterima kasih kepada BN kerana membantu mereka.

Jamal juga mencabar calon pembangkang untuk hadir di konsertnya.

"Saya juga mengalu-alukan calon lawan, kalau nak datang? Datanglah. Tapi kena tanggunglah risikonya.

"Kerana saya yakin ribuan yang datang ini penyokong BN. Kita mengamalkan sistem demokrasi," katanya.

Lihat Komen
ADS