Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafie: Kekuatan Mahathir di semenanjung, saya di Sabah

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau menghalang Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dari melawat Sabah kerana sentimen negatif rakyat di negeri itu terhadap perdana menteri selama 22 tahun itu.

"Ini tidak benar, (hanya) bahawa pasukan kita mesti fokus dan dibahagikan untuk memastikan di mana kekuatan kita.

"Dan kita tahu kekuatan Mahathir adalah di semenanjung dan kekuatan saya di Sabah," kata Shafie kepada Malaysiakini selepas berkempen di Ranau hari ini.

Sebagai bekas presiden Umno, kekuatan Mahathir terletak untuk merampas sebanyak mungkin Umno di semenanjung, katanya.

"Kerusi Umno sini boleh ditumbangkan oleh bekas naib presiden Umno," kata Shafie merujuk dirinya sendiri.

"Tuduhan, persepsi tentang apa yang berlaku di sini adalah perkara biasa, apa yang penting bukan sama ada Tun (Dr Mahathir) boleh datang atau tidak, apa yang kita mahu ialah menjatuhkan Umno/BN."

Mahathir, katanya, lebih banyak diperlukan di semenanjung berbanding di Sabah.

Kedua-dua Gabungan Sabah dan BN mendakwa bahawa WARISAN tidak membawa Mahathir ke negeri itu kerana parti berkenaan bimbang dengan persepsi negatif tempatan terhadap Mahathir.

Setiausaha BN Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa bahawa Shafie menasihatkan Dr Mahathir suapaya tidak datang berkempen di Sabah menjelang hari mengundi 9 Mei ini.

Shafie, dakwanya, tahu bahawa peluang WARISAN akan terjejas jika beliau membawa Mahathir ke Sabah.

Ketua Gabungan Sabah Jeffrey Kitingan, pula berkata, kedua-dua HARAPAN dan WARISAN tidak mahu bekas perdana menteri itu datang kerana memahami sentimen rakyat berhubung Mahathir.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana beliau akan meyakinkan rakyat Sabah untuk menerima Mahathir jika pengerusi HARAPAN itu menang dalam pilihan raya dan kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri sekali lagi, Shafie berkata Mahathir juga pernah menymbang kepada pembangunan Sabah pada masa lalu.

"Mahathir banyak berjasa bukan sahaja di semenanjung (tetapi) (juga) di Sabah. Sudah tentu manusia ada silapnya.

“(Tetapi) jika Anwar (Ibrahim), Lim Kit Siang, boleh melupakan apa yang berlaku sebelum ini, demi kepentingan bersama, kenapa tidak kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai rakyat Sabah?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS