Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Ramalan bekas menteri Tan Sri Daim Zainuddin bahawa Perak akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini bukan perkara baru, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Kata Zambry, bekas menteri kewangan itu membuat ramalan setiap PRU dan ramalannya hampir sama setiap penggal.

"Dia (Daim) membuat ramalan setiap PRU. Pada PRU lalu dia buat ramalam sama. Saya ingat PRU itu dan PRU sebelum ini, dia buat ramalan sama.

"Kita tidak tahu. Orang lain pun boleh buat ramalan, jadi dia hanya buat ramalan, sama seperti PRU sebelum ini.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini. Apa yang penting bagi kami adalah terus berkempen," katanya dalam sidang media di Pulau Pangkor hari ini.

Menurutnya, BN Perak akan terus kerja keras dan tidak akan terpengaruh dengan kenyataan Daim.

Semalam, Daim meramalkan BN akan kehilangan Kedah dan Perak pada PRU 9 Mei ini.

Dalam sebuah wawancara bersama Nanyang Siang Pau, Daim berkata perkara itu akan terjadi sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenuhi beberapa kriteria termasuklah memilih pemimpin yang tepat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS