Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kamilia muncul di pentas PAS, Rais berucap di Jelebu
Diterbitkan:  May 7, 2018 11:53 PM
Dikemaskini: 4:10 PM

Berbeza dengan semalam, bekas menteri Umno Tan Sri Rais Yatim hari ini muncul di pentas ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Jelebu dan menyampaikan ucapan sulungnya.

Anak jati Jelebu itu berucap di hadapan lebih 300 orang di Kampung Batu Serambai, Rais dalam loghat Negeri Sembilan.

Antara lain dalam ucapannya, bekas menteri kebudayaan dan pelancongan itu menyentuh mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini adalah penampilan kedua Rais dalam program ceramah HARAPAN.

Semalam, beliau hadir pada program HARAPAN di Titi Jelebu namun tidak menyampaikan ucapan kerana permit tidak menyenaraikannya sebagai penceramah.


Baca: Rais buat penampilan sulung di ceramah HARAPAN


Terdahulu, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin yang turut hadir pada majlis itu menyampaikan lagu "Janji manismu" yang pernah dipopularkan pada 1990an.

Sementara itu di Selangor bekas timbalan ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim muncul di pentas ceramah PAS.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 500 orang di pasar malam di Paya Jaras, Sungai Buloh.

Dalam ucapannya, Kamilia mendedahkan beliau meninggalkan Umno kerana parti itu tidak memberi peluang kepada wanita  terutama dari segi perwakilan di parlimen dan DUN.

Katanya ia berbeza dengan PAS yang meletakkan hampir 40 peratus calon pada PRU14 terdiri daripada wanita.

Beliau juga berkata BN telah diberikan masa yang panjang untuk memerintah negara dan sudah tiba masanya untuk berubah.

Kamilia berkata Umno telah menyimpang dari tujuannya yang asal, menyaksikan pemimpin lamanya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan bekas ketua Wanitanya Tan Sri Rafidah Aziz meninggalkan parti itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS