Berita Malaysiakini

Mat Sabu, Khalid Samad menang, Raja Bahrin tumbang

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Khalid Samad (HARAPAN-AMANAH) kekal di Shah Alam yang dimenanginya atas lambang PAS lima tahun lalu.

Beliau mengalahkan calon PAS Mohd Zuhdi Marsuki dan calon BN Azahari Saari.

Di Kuala Terengganu, nasib berbeza yang dialami oleh seorang lagi pemimpin Amanah.

Calon BN Wan Nawawi Wan Ismail menang mengalahkan penyandang Raja Kamarul Bahrin Shah (HARAPAN-AMANAH).

Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru di kawasan itu dengan kehadiran calon PAS.

Menurut keputusan tidak rasmi, BN akan tewas jika kedua-dua HARAPAN dan PAS bergabung jumlah undinya.

Sementara itu di kerusi Parlimen Kota Raja, calon HARAPAN Mohamad Sabu menang dengan mengalahkan calon BN V Gunalan Velu dan calon PAS Mohd Diah Baharun.

 

Seorang lagi pemimpin kanan AMANAH, Salahuddin Ayub dilapor mengalahkan penyandang Pulai, Nur Jazlan Mohammed yang juga adalah timbalan menteri dalam negeri dengan majoriti 11,000 undi majoriti.