Media Prima Bhd telah besetuju untuk memiliki 100 peratus kepentingan di dalam stesen televisyen NAT Seven TV Sdn Bhd (NTV7), dengan harga RM90 juta.

Perjanjian jual-beli bagi pemilikan itu telah dilaksanakan awal hari ini di antara Media Prima dan pemegang saham sedia ada kumpulan NTV7.

Pemilikan itu meliputi semua operasi di bawah kumpulan NTV7, termasuk NTV7 dan dua syarikat berkaitan, Synchrosound Studio Sdn Bhd dan Encorp Media Technology Sdn Bhd, pemegang lesen dan pengenali stesen radio WaFaM masing-masing.

"Pemilikan NTV7 adalah satu pelaburan yang baik bagi Media Prima kerana stesen televisyen itu mempunyai jenama yang hebat dan kukuh yang pastinya akan menambah nilai kepada kumpulan ini," kata pengerusi Media Prima Datuk Mutalib Abdul Razak.

Pemilikan itu menandakan selesainya dengan berjaya kerjasama dan bantuan yang diumumkan pada 13 Julai, 2005, antara Media Prima dengan Synchrosound dan Encorp Media, di mana Media Prima membantu dalam penyusunan semula hutang dan korporat NTV7 dan WaFaM.